Dua lelaki ditahan miliki pelbagai jenis dadah - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan miliki pelbagai jenis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LIPIS – Dua lelaki ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah dalam dua serbuan berasingan di daerah ini semalam. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, seorang mekanik ditahan selepas memiliki dadah jenis syabu,heroin dan ganja dengan nilai rampasan keseluruhan RM680.

“Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika serbuan sempena Ops Tapis dilakukan di sebuah bilik di rumah kongsi kilang papan di daerah ini kira-kira jam 1.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menemui satu plastik lutsinar berisi ketulan kristal dan 35 keratan tiub straw pelbagai warna berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu seberat 10.26 gram bernilai RM500, ganja seberat 6.30 gram bernilai RM50 dan heroin (17.30 gram) bernilai RM130,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun sempena Ops Sarang dalam satu serbuan terhadap sebuah pondok dalam kebun getah di salah sebuah kampung di daerah ini pada pukul 11 pagi semalam.

“Polis menemui satu beg galas dan beg Goodie warna coklat bercetak Polo yang berisi tiga ketulan mampat dedaun kering dibungkus dengan plastik lutsinar disyaki ganja seberat 235.72 gram bernilai RM500.

“Kita turut menemui satu bekas plastik lutsinar bercetak Tolljoy berisi dua peket plastik lutsinar iaitu setiap peket berisi ketulan warna putih disyaki heroin seberat 8.26 gram bernilai RM400,”ujarnya.

Beliau memberitahu, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua lelaki terbabit menghasilkan keputusan positif dan mereka turut memiliki beberapa kes lampau berkaitan dengan dadah.

Tambahnya, kes di disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini