Penagih dadah mengamuk cekik ibu - Utusan Malaysia

Penagih dadah mengamuk cekik ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang penagih dadah tergamak mencekik ibunya sendiri dipercayai ketika berada di bawah pengaruh dadah di rumah mereka di Penaga, Kepala Batas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika suspek pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil menunggang sebuah motosikal.

“Suspek berusia 36 tahun itu mengamuk sambil melepaskan motosikal yang sedang dibawanya sehingga hampir terkena ibunya yang berusia 60 tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudiannya bertindak mencekik leher ibunya sambil mengugut mahu wanita itu mati dan memberitahu bahawa tiada siapa akan menolongnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa berjaya melarikan diri selepas bertindak menggigit tangan suspek sebelum membuat laporan polis.

“Mangsa hanya mengalami sakit pada punggung akibat bergelut dengan suspek.

“Suspek yang positif dadah jenis morfin itu kemudiannya berjaya ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam,” katanya.

Menurut Noorzainy, suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini