Empat mayat Orang Asli ditemui setakat semalam - Utusan Malaysia

Empat mayat Orang Asli ditemui setakat semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Pasukan mencari berjaya mengesan empat mayat Orang Asli suku kaum Batek yang ditanam mengikut adat di Kampung Kuala Koh selepas dipercayai meninggal dunia akibat penyakit misteri setakat, semalam.

Difahamkan pasukan yang menggabungkan pelbagai agensi itu berjaya mengesan mayat tersebut berpandukan kepada waris keluarga mangsa.

Dengan penemuan tersebut pasukan pencari meneruskan operasi mengesan lapan lagi kubur Orang Asli berkenaan bermula pada pukul 8.30 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Komander Operasi yang juga Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin, ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan membuat sidang akhbar petang ini berhubung perkembangan pencarian.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasukan pencari berjaya menemui rangka mayat pertama daripada 12 penduduk Orang Asli suku kaum Batek pada pukul 4.30 petang semalam.

Tulang tersebut ditemui dalam keadaan berselerakan di atas tanah oleh pasukan yang terdiri dari Bahagian Siasatan Forensik Bukit Aman dan pasukan forensik Kementerian Kesihatan dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), penunjuk arah daripada masyarakat Orang Asli suku kaum Batek dan agensi lain.

Mayat ini ‘disimpan’ mengikut adat suku kaum Batek dengan digantung dan diletakkan di atas pokok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini