Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan telah meninggal dunia pada pukul 12.40 tengah malam tadi setelah dua hari koma akibat serangan angin ahmar.

Berita itu disahkan oleh anaknya, Khir Rahman menerusi mesej Whatsapp kepada rakan media awal pagi Khamis.

“Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan secara rasmi bahawa ayahanda saya Datuk A Rahman Hassan telah kembali rahmatullah pukul 12.40 tengah malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, berkat doa semua, arwah pergi dengan baik. Doakan agar arwah abah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan diksihi Allah S.W.T,” ujarnya lagi.

Menurut Khir, jenazah sudah dibawa pulang ke rumah keluarga di Ampang, Selangor dan akan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat.

Terdahulu, Allahyarham yang dikejarkan ke hospital pada malam Isnin selepas pulang beraya telah disahkan mempunyai pendarahan dalam otak dan bergantung sepenuhnya terhadap mesin pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini