Polis Thai gagalkan penyeludupan etnik Rohingya - Utusan Malaysia

Polis Thai gagalkan penyeludupan etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATUN 13 Jun – Polis Thailand menahan enam lelaki termasuk kapten dan kru kapal nelayan yang membawa 65 etnik Rohingya, yang tersadai di Pulau Rawi di perairan Satun, semalam.

Pengarah Pusat Perlindungan Kanak-kanak, Wanita, Keluarga dan Antipemerdagangan Manusia, Jeneral Polis Suchat Theerasawat berkata enam yang ditahan itu termask seorang warga Thai dari Ranong, yang merupakan kapten dan lima lagi kru warga Myanmar.

Katanya, kapal yang membawa 31 wanita, 29 lelaki, dan lima kanak-kanak itu, memasuki perairan Satun dan tersadai di Pulau Rawi berikutan masalah enjin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, polis masih tidak boleh mengesahkan kesemua penumpang dalam kapal itu adalah mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

“Kita perlu sedikit masa untuk membuat siasatan lanjut, dan juga mengenal pasti kapten serta anak kapal, sama ada mereka daripada rangkaian pemerdagangan manusia atau tidak,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Suchat berkata kesemua penumpang dalam kapal itu kini ditempatkan di tiga pusat tahanan sementara.

Beliau berkata mereka juga diberi rawatan dan pemeriksaan kesihatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini