Messi atlet terkaya dunia - Utusan Malaysia

Messi atlet terkaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi muncul atlet meraih pendapatan paling tinggi di dunia iaitu £99.8 juta (RM528.5 juta) sepanjang tahun lalu menurut ranking 100 terkaya yang dikeluarkan majalah perniagaan Forbes awal pagi semalam.

Pemenang lima Ballon d’Or itu me­rampas status itu daripada jaguh tinju dunia Amerika Syarikat (AS), Floyd Mayweather yang langsung tidak tersenarai kali ini.

Atlet kedua terkaya di dunia menjadi milik penyerang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo yang meraih pendapatan sebanyak £85.6 juta (RM453.3 juta) diikuti bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG) dan Brazil, Neymar di kedudukan ketiga dengan kekayaan bernilai £82.5 juta (RM436.9 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Messi, 31, merupakan pemain bola sepak profesional kedua muncul atlet paling kaya di dunia selepas Ronaldo mendapat gelaran tersebut dua tahun lalu.

Juara Formula Satu (F1) sebanyak lima kali, Lewis Hamilton dan bekas pemenang gelaran heavyweight dunia, Anthony Joshua pula merupakan atlet Britain memiliki pendapatan paling tinggi dengan masing-masing menduduki tempat ke-13 menerusi pendapatan sebanyak £43.2 juta (RM228.8 juta).

Perancang Manchester United dan Perancis, Paul Pogba pula muncul pemain berpendapatan tertinggi dalam saingan Liga Perdana England dengan nilai £25.9 juta (RM137.2 juta).

Bintang tenis AS, Serena Williams muncul satu-satunya individu wa­nita berjaya meloloskan diri dalam kelompok 100 atlet terkaya dunia selepas meraih pendapatan sebanyak £22.9 juta (RM121.3 juta) sepanjang tahun lalu.

Sebagai rekod, atlet yang meraih pendapatan minimum sebanyak £19.6 juta (RM103.8 juta) membabitkan gaji, ganjaran wang tunai kemenangan dan penajaan dari Jun 2018 hingga Jun 2019 disenaraikan dalam carta 100 terbaik Forbes tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini