Ahmad Hamzah akui berdebar tunggu keputusan - Utusan Malaysia

Ahmad Hamzah akui berdebar tunggu keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah mengakui beliau berdebar menunggu keputusan petisyen membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu hari ini namun terharu apabila Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan sebentar tadi kemenangannya adalah sah.

Menurut beliau, keputusan itu membuktikan sistem kehakiman di negara ini masih boleh diberi kepercayaan dan keadilan akan memihak kepada pihak yang benar.

“Saya bersyukur di atas kurniàan Allah, terima kasih di atas keputusan yang tepat dan benar. Saya meyakini ketelusan institusi kehakiman dan insya-Allah saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Jasin,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah Khas Pilihan Raya Kuala Lumpur petang ini mengisytiharkan kemenangan Ahmad bagi Parlimen Jasin dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah sah.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais dalam penghakimannya menyatakan pempetisyen, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal menunjukkan ketidakpatuhan yang didakwa berlaku memberi kesan terhadap keputusan PRU-14 itu.

Pada PRU-14 tersebut, Khairuddin tewas kepada Ahmad dengan perbezaan 219 undi dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan Ahmad mempertahankan kerusi itu selepas menerima 26,560 undi manakala Khairuddin memperoleh 26,341 undi sementara calon Pas, Abd. Alim Shapie mendapat 8,860 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini