Mohamed Azmin zahir terima kasih - Utusan Malaysia

Mohamed Azmin zahir terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Susulan kontroversi video klip yang tular didakwa mirip seorang menteri kanan Kabinet, hari ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan doa yang diberikan.

Mohamed Azmin dalam ciapan menerusi akaun Twitter miliknya berkata, beliau sabar, tabah dan tenang dalam mengharungi dugaan itu.

“Terima kasih kepada terlalu ramai rakyat, kenalan, sahabat, keluarga dan pimpinan yang menyatakan sokongan kepada saya dan mendoakan keselamatan saya dalam keadaan gelombang fitnah sedang melanda saya dan keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sabar, tabah dan tenang,” katanya di sini hari ini.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai Menteri Kabinet.

Hari ini, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang membuat pengakuan dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini