Anwar kutuk taktik kotor musuh politik - Utusan Malaysia

Anwar kutuk taktik kotor musuh politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan video intim melibatkan seorang individu menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tular sejak semalam.

Menurut Anwar, kepemimpinan PKR berpegang teguh kepada pendirian parti untuk menolak politik jijik tersebut dan memberi sokongan penuh kepada Mohamed Azmin dalam isu berkenaan.

“Kita berharap Mohamed Azmin dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Setakat ini kita tidak tahu siapa yang terlibat dalam menyebarkan fitnah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kepemimpinan parti juga memberi sokongan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan dan berharap perkara ini disiasat dengan adil serta teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu pejabat PKR dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, Anwar turut memaklumkan laporan polis berhubung isu video yang tular itu telah dibuat dan pihak polis sedang melakukan siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini