'Saya sudah hubungi Azmin' - Anwar - Utusan Malaysia

‘Saya sudah hubungi Azmin’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sudah menghubungi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu video klip yang tular dalam media sosial semalam.

Anwar yang ditemui pemberita sebelum Mesyuarat Biro Politik PKR bermula di Ibu pejabat PKR petang ini bagaimanapun enggan mendedahkan inti pati perbincangan mereka berdua.

“Saya ada hubungi Mohamed Azmin melalui panggilan telefon dan berbual panjang dengan beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya kena maklumkan kepada kepemimpinan parti terlebih dahulu,” katanya ringkas.

Isu video klip yang tular membabitkan seorang menteri kanan Kabinet dijangka menjadi satu daripada topik akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini