FRSIS persiap pelajar depani IR 4.0 - Utusan Malaysia

FRSIS persiap pelajar depani IR 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Simposium Antarabangsa Sekolah Berasrama Penuh (FRSIS) 2019 menjadi platform penting dalam membangunkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang menepati keperluan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, FRSIS dapat membantu menyediakan pelajar dengan segala keperluan mahupun kehendak transformasi industri pintar yang berteraskan sains dan teknologi.

“Peluang dan ruang dalam FRSIS ini juga boleh dimanfaatkan pelajar tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi ilmu baharu di samping melonjakkan tahap pengetahuan masing-masing terutama yang berkaitan industri pintar,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan FRSIS 2019 di SBP Integrasi Gombak, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan SBP Kementerian Pendidikan, Aidie Jantan dan Pengetua Cemerlang SBP Integrasi Gombak, Nor Hayati Yusoff.

FRSIS edisi kelapan ini disertai semua SBP seluruh negara dan sekolah antarabangsa antaranya dari Jepun, Filipina, Indonesia serta Vietnam.

Dengan tema Smart Industry Reforming The World, simposium ini memberi peluang kepada pelajar untuk membentangkan dapatan kajian, penyelidikan dan analisis sekolah masing-masing bagi perkongsian idea, mengusulkan penyelesaian inovatif serta menambah baik kemudahan sedia ada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini