Azlan Typewriter buka tirai Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Azlan Typewriter buka tirai Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas sebulan lamanya Jom Chat berehat bagi memberi laluan mengerjakan ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri, malam ini, segmen bual santai bersama artis dan selebriti tanah air kembali dengan menampilkan penyanyi Azlan Typewriter sebagai artis jemputan.

Berdurasi selama satu jam, Jom Chat pukul 9 malam ini dapat ditonton secara live di Facebook Utusan Online yang mana cara untuk menontonnya amat mudah sekali.

Apa yang perlu para pelayar Utusan Online lakukan ialah daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan anda akan dapat notifikasi apabila Jom Chat dengan Azlan Typewriter bersiaran secara langsung malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azlan akan bercerita tentang single terbaharu beliau yang telah pun dimuat naik ke laman media sosial YouTube berjudul Kukuh.

Setakat ini, video lirik Kukuh diulang tonton sebanyak 3,150 kali.

Jom Chat dihoskan oleh Apak adalah segmen mingguan setiap Rabu dan salah satu konten yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini