Azmin nafi terlibat video lucah - Utusan Malaysia

Azmin nafi terlibat video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan tuduhan mengaitkan dirinya terlibat dalam satu rakaman video lucah yang tular di media sosial sejak semalam.

Mohamed Azmin mendakwa, rakaman video tersebut digunakan sebagai satu komplot untuk menjatuhkan maruah dan memusnahkan karier politiknya.

“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadhan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata, beliau akan mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.

“Saya akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini