Pengedaran dadah di Felda Lok Heng Timur tumpas - Utusan Malaysia

Pengedaran dadah di Felda Lok Heng Timur tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Felda Lok Heng Timur, dekat sini semalam selepas menahan seorang lelaki dan merampas sebuah beg mengandungi lapan peket plastik dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM400.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, hasil maklumat yang diterima, kira-kira pukul 11.30 malam sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menjalankan Op Tapis di kawasan felda tersebut.

Katanya, dalam serbuan di sebuah rumah, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun dan merampas sebuah beg berzip yang mengandungi tujuh peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis Heroin anggaran berat kasar 15.42 gram (g), sepeket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja anggaran berat kasar 0.72g dan sebuah alat penimbang digital berwarna hitam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga bagi bekalan dadah yang dirampas daripada suspek tersebut dianggarkan bernilai RM400 bagi kegunaan kira-kira 50 penagih di kawasan tersebut.

“Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati suspek terbabit positif dadah jenis Opiate,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata, suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga Isnin depan bagi tujuan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini