Pasaran tempatan kekal berdaya tahan - Utusan Malaysia

Pasaran tempatan kekal berdaya tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Pasaran modal tempatan kekal berdaya tahan dengan sumber pertumbuhan yang pelbagai meskipun keadaan luaran yang tidak menentu, kata Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, beberapa bank termasuk UBS Group dan HSBC baru-baru ini menaik taraf saham Malaysia kerana kemampuannya untuk terus bertahan dalam keadaan peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China mencerminkan keyakinan mereka terhadap prospek pertumbuhan positif Malaysia.

“Kita mempunyai taburan pelabur yang sangat pelbagai termasuk kehadiran pelabur institusi jangka panjang yang kukuh dan stabil yang sentiasa menyediakan sokongan kepada aktiviti pengumpulan dana,” katanya pada majlis pelancaran dagangan sulung HPMT Holdings Bhd. di Pasaran Utama Bursa Malaysia di sini hari ini.

Muhamad Umar juga berkata, pasaran modal Malaysia mendapat pengiktirafan global serta dikawal selia dengan baik dan memberi penekanan utama kepada perlindungan pelabur.

Beliau berkata, menurut Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2019, Malaysia berada di kedudukan kedua, daripada 190 ekonomi, dalam bahagian melindungi pelabur minoriti.

“Bank Dunia baru-baru ini menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-13 paling mudah untuk menjalankan perniagaan daripada 190 ekonomi, naik sembilan tangga daripada tempat ke-24 pada tahun sebelumnya.

“Ini membuktikan daya saing dan kekuatan ekonomi kita. Secara kolektifnya, faktor-faktor ini menyediakan pelbagai peluang bagi pewujudan nilai kepada pemegang kepentingan kami,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×