SPRM siasat semua laporan secara profesional - Utusan Malaysia

SPRM siasat semua laporan secara profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat secara profesional semua laporan yang diterima oleh agensi itu, termasuk membabitkan seorang menteri kanan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata, suruhanjaya itu juga tidak akan berpihak kepada sesiapa dalam menyiasat sebarang laporan.

“Siasatan bagi kes ini akan dikendalikan di bawah timbalan saya serta pasukan siasatan beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media berhubung laporan terhadap SPRM yang dibuat Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam kelmarin membabitkan seorang menteri kanan Kabinet.

Laporan itu antara lain bagi meminta siasatan dijalankan terhadap dakwaan pemindahan dana berjumlah AS$741,440 (RM3.08 juta) ke akaun bank milik menteri terbabit di luar negara sekitar Disember 2017.

Lokman mendakwa beliau mengakui menerima dokumen berkenaan yang dihantar seorang individu mengenai satu rekod transaksi dana oleh UEM Group Bhd. ke atas akaun milik menteri terbabit di Deutsche Bank AG – ZR BR pada 19 Disember 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini