Pemandu lori berkaki ayam disaman dalam Op Selamat - Utusan Malaysia

Pemandu lori berkaki ayam disaman dalam Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Cubaan seorang pemandu lori memberikan alasan terpaksa memandu lori dengan berkaki ayam kerana kasutnya basah gagal apabila dia disaman anggota polis trafik di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan untuk pemeriksaan pada hari terakhir operasi Op Selamat kira-kira pukul 11 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Superintendan Chuah Seong Lim berkata, dua saman dikeluarkan kepada pemandu lori pasir terbabit atas kesalahan tidak berpakaian kemas dan tayar lori botak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki itu didapati langsung tidak memakai kasut ketika memandu lori dan dia memberikan alasan kasutnya basah akibat terlanggar lopak semasa menunggang motosikal.

“Dia mendakwa terpaksa menanggalkan kasut itu kerana basah sebelum memandu lori,” katanya ketika ditemui pada operasi Op Selamat 15/2019 yang bermula pada 29 Mei lalu dan berakhir hari ini.

Kata beliau, pihaknya memandang serius semua peraturan yang perlu dipatuhi pemandu kenderaan perdagangan bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Walau apa pun alasan yang diberikan, tindakan tetap diambil demi keselamatan semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata beliau, jumlah kemalangan maut yang dicatatkan sepanjang Op Selamat kali ini adalah kira-kira 18 kes dan ia menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama Op Selamat 13/18 tahun lalu iaitu 30 kes.

“Pada operasi kali ini, hanya enam daripada 11 daerah di negeri ini mencatatkan kemalangan maut iaitu Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Kota Setar, Baling dan Pendang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini