Lelaki khayal dadah mengamuk di kedai dobi - Utusan Malaysia

Lelaki khayal dadah mengamuk di kedai dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Seorang lelaki ditahan polis selepas mengamuk di sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Melang dekat sini hari ini.

Suspek berusia 43 tahun yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak agresif dengan merosakkan harta benda di luar premis itu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan turut memaki hamun orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek menumbuk dinding dan merosakkan pelbagai peralatan di luar premis tersebut menyebabkan orang ramai menghubungi pihak polis.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi lalu menahan suspek,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Haslah berkata, ujian air kencing ke atas lelaki tersebut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, suspek direman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, pihak polis belum mengambil keterangan suspek kerana dia masih berada di bawah pengaruh dadah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini