36 rumah terbakar di Sandakan - Utusan Malaysia

36 rumah terbakar di Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 36 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Karamunting, Sandakan, Sarawak kelmarin.

Menurut portal Utusan Borneo, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong, berkata,

Difahamkan kebakaran itu berpunca daripada kecuaian penghuni dan kejadian seumpama itu adalah kali keempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai memaklumkan kebakaran disyaki berpunca daripada kecuaian ketika memasak di dapur,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di Surau Kampung Karamunting, semalam.

Vui Keong berkata, difahamkan jumlah keseluruhan rumah yang musnah adalah sebanyak 36 rumah dan siasatan masih dilakukan.

Sementara itu, seorang penduduk, Awang Kecil Mudin, 53, berkata, ketika kejadian, seorang wanita berusia 70-an yang juga jirannya disyaki memasak di dapur selepas bersendirian di rumah.

“Selepas berlaku kebakaran, warga emas itu menjerit meminta tolong kerana terperangkap di dalam rumah.

“Mujur anak lelaki saya bertindak masuk ke rumah itu dan menyelamatkannya dengan membawanya ke kawasan selamat,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang itu, menurut laporan awal sebanyak 23 rumah hangus terbakar.

Ketika kejadian ramai penduduk tiada di rumah dan sedang berhari raya di rumah saudara mara dan kenalan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini