Anggota polis meninggal dunia selepas solat Maghrib - Utusan Malaysia

Anggota polis meninggal dunia selepas solat Maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK – Seorang anggota polis meninggal dunia sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, Kuala Muda di sini, malam tadi.

mati
mati 

Mangsa, Fadzil Ahmad, 59, dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, anggota itu singgah di masjid tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke Sik selepas melawat adik perempuannya, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas sembahyang dia (Fadzil) rebah dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan selepas itu.

“Anggota tersebut bakal bersara daripada perkhidmatan polis pada Julai depan,” katanya di sini hari ini.

Anak sulung mangsa, Mohd Hafiz Fadzil, 35, berkata, ketika dalam perjalanan ke Sik, bapanya sempat singgah dan solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau.

“Saya reda dengan pemergian bapa meskipun masih terkejut dengan kejadian itu,” katanya.

Jenazah Fadzil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini