Sisa plastik: Beri penjelasan 62 syarikat terima AP - Utusan Malaysia

Sisa plastik: Beri penjelasan 62 syarikat terima AP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin didesak supaya memberi penjelasan mengapa 62 syarikat tempatan masih mempunyai permit import (AP) bagi membawa masuk dan memproses sisa plastik.

Hal demikian kerana, menurut Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, pemberian AP tersebut bertentangan dengan usaha kerajaan menangani sisa plastik import, namun dalam masa yang sama membenarkan syarikat tersebut mengimport sampah secara sah.

Jelas beliau, pemberian AP tersebut membimbangkan kerana boleh mencetuskan masalah pencemaran domestik dengan lebih serius yang akhirnya membebankan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan sebelum ini berdegar-degar mahu menangani ‘sampah asing’ namun telah mengeluarkan AP bagi syarikat tertentu mengimport secara sah. Usaha membanteras sampah asing ini telah menjadi helah propaganda politik sahaja.

“Jika kerajaan bertekad mahu menyekat kemasukan sampah asing, mereka perlu menarik semula AP untuk mengimport semua sisa plastik daripada negara luar itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penolong Pengarah (Unit Kemudahan dan Permit Import), Jabatan Pengurusan Sisa dan Pepejal Negara (JPSPN), Wemi Kalsuna Katerun, semalam dilaporkan berkata sebanyak 62 syarikat tempatan mempunyai AP sisa plastik yang dikeluarkan jabatan itu.

Wemi Kalsuna memberitahu, semua syarikat yang diluluskan lesen berkenaan setakat ini sentiasa dipantau bagi memastikan mereka mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini