Ada urusan di Kuantan hari ini, esok - Takiyuddin - Utusan Malaysia

Ada urusan di Kuantan hari ini, esok – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa beliau mempunyai urusan di daerah ini hari ini dan esok.

Takiyuddin berkata, sehubungan itu beliau akan terus berada di sini bagi menyelesaikan urusan berkenaan.

“Saya ada urusan di sini hari ini dan esok. Mereka (polis) juga tidak ada menghubungi saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat panitia Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung arahan dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan pada 23 Mei lalu yang memintanya hadir pada pukul 10 pagi esok untuk diambil keterangan.

Takiyuddin dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan awal bulan lalu antara lain dilapor mempersoalkan sama ada Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri berikutan statusnya sebagai ‘bekas banduan’.

Susulan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan membuat laporan polis pada 13 Mei lalu dan meminta siasatan dijalankan terhadap Takiyuddin kerana didakwa seolah-olah mempertikaikan pengampunan diraja diberikan Yang di-Pertuan Agong kepada Anwar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini