Bot ekspres terbakar di Song, Sarawak - Utusan Malaysia

Bot ekspres terbakar di Song, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 136 penumpang berdepan detik cemas apabila bot ekspres yang dinaiki dikhuatiri terbakar apabila bahagian enjin kenderaan itu mengeluarkan kepulan asap tebal di Terminal Bot Ekspres Song, Sarawak pagi tadi.

Ketika kejadian pada pukul 11 pagi itu, kesemua penumpang sempat menyelamatkan diri dan kepulan asap yang dihasilkan dari ekzos bot tersebut disebabkan enjin yang tidak berfungsi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song, Pegawai Kanan Bomba II (PgKB II) Nasihin Jaum berkata, sebuah jentera Light Fire Rescue Tender(LFRT) bersama empat anggota bergegas kelokasi setelah menerima panggilan pada 11.55 pagi dari orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadiaan disedari salah seorang penumpang bot apabila melihat kepulan asap putih keluar dari ekzos bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Nasihin memberitahu, bot tersebut dijadual akan memulakan perjalanan dari Song ke Sibu.

“Situasi itu menyebabkan penumpang menjadi cemas dan jurumudi bot terpaksa mengarahkan kesemua penumpang keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba untuk bantuan,” ujarnya.

Ujar Nasihin, tinjauan awal mendapati bot berkenaan tidak terbakar dan hanya mengeluarkan asap berlebihan dari ekzos disebabkan enjin tidak berfungsi.

“Pihak Bomba hanya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada 12.53 tegah hari.

“Jumlah keanggotan dan aset terlibat ialah sebanyak lima anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dam Penyelamat Song terlibat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini