Polis berkas lelaki terbabit kes samun - Utusan Malaysia

Polis berkas lelaki terbabit kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar daerah ini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazuki Mat berkata, lelaki terbabit diberkas di Jalan Kampung Dew, Simpang pada pukul 4 petang.

Katanya, tangkapan terhadap lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Altis itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Operasi Khas (D8) Kontinjen Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semakan terhadap kereta yang dipandu lelaki itu mendapati nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak sama dengan jenis kenderaan yang didaftarkan selain nombor enjin turut tidak mempunyai rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pemeriksaan pada nombor casis kenderaan itu juga mendapati kereta itu didaftarkan di bawah kenderaan Toyota Corolla Altis yang mempunyai rekod kenderaan hilang di Dengkil, Selangor,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas beberapa barang termasuk dua buah telefon bimbit, tiga buah komputer riba, sebuah televisyen, 12 beg tangan dan beg komputer riba serta 18 keping kad akses.

Katanya, semakan terhadap lelaki itu mendapati suspek dari Changkat Jering, Taiping itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini