Cinta Raja Ilya semakin kukuh - Utusan Malaysia

Cinta Raja Ilya semakin kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMAKIN mengenali lelaki itu, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau Raja Ilya, 33, semakin tertaut hati kepadanya. Keikhlasan Trent Garrett, 37, menerima diri seadanya sepanjang lima bulan hidup bersama benar-benar mengukuhkan rasa cintanya terhadap lelaki itu.

Jika selama ini, bintang filem Appalam ini beranggapan dia perlu meninggalkan kerjaya seninya selepas berkahwin. Bagaimanapun apa yang dibayangkan itu tidak terjadi sebaliknya dia diberi kebe­basan untuk membuat keputusan demi kebaikan mahligai yang dibina.

Ahli perniagaan tersebut sangat diplomasi dalam segala perkara. Setiap tindak tanduk dan keputusan dibuat, sama sekali tidak membelakangi wanita ini. Itu yang membuat dia berasa sangat bersyukur mengahwini lelaki berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mula-mula dulu, saya beranggapan kerjaya seni yang dibina di Malaysia bakal terkubur. Saya dah tak boleh berlakon lagi kerana perlu memberi komitmen terhadap keluarga di Perth, Australia. Tanggapan saya meleset kerana suami langsung tidak menghalang.

“Sebaliknya amat mengejutkan apabila dia menyokong semua keinginan saya dalam kerjaya seni. Bahkan dia juga memberi dorongan agar saya tidak berputus asa mengejar apa yang diinginkan,” kata Ilya berkongsi cerita perkahwinannya.

Atas sikap toleransi yang ditunjukkan lelaki itu membuatkan dia semakin jatuh cinta kepadanya. Lelaki itu telah membuai perasaannya untuk semakin jatuh cinta kepadanya. Seolah-olah mereka tidak boleh berpisah.

Barangkali itulah perasaan indah yang dialami oleh semua pasangan yang baharu menikmati kebahagiaan alam rumah tangga. Hinggakan bintang filem Estet ini sama sekali tidak boleh berenggang kerana saling kerinduan antara satu sama lain.

“Nak dijadikan cerita rezeki saya dalam bidang lakonan dan penerbitan semakin murah selepas berkahwin. Kerana sayangkan kerjaya seni saya terkubur begitu saja, dia sanggup mengambil cuti dan menyerahkan tugas syarikat kepada rakan kongsinya.

“Kalau boleh dia mahu terbabit sama dalam kerjaya seni saya secara tidak langsung. Sekurang-kurangnya dia mahu tahu serba sedikit dengan bidang kerjaya saya,” ujarnya yang kini berada di Malaysia.

Selepas membina nama dalam bidang lakonan, Ilya berjinak-jinak dalam dunia penerbitan pula. Kini dia bertindak sebagai penerbit dan Ahli Lembaga Golden Peacock Film Production Sdn. Bhd. yang dimulai sejak 2016.

Program dokumentari berjudul Raon Di Bumi Kenyalang adalah projek pertama yang diusahakannya untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Naskhah berkenaan diarahkan oleh Muralikrishnan Munian.

Majlis resepsi

DALAM usaha memantapkan bakat lakonan, pelakon drama Tuan Anas Mikael ini bakal mengikuti kursus pendek lakonan di Akademi Seni Australia Barat (WAAPA) di Perth bermula minggu depan.

Kursus itu diambil bertujuan menajamkan lagi persembahan lakonannya menerusi perkongsian pengalaman daripada tenaga pengajar terlatih. Oleh itu, segala tumpuannya akan diberikan sepanjang tiga bulan pengajian.

“Sebenarnya saya merancang membuat majlis resepsi untuk keluarga, rakan artis dan media terdekat dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun terpaksa ditunda kerana tidak mahu kelam kabut untuk pulang ke Perth pula.

“Kalau tak ada aral, kami akan menganjurkan majlis pada September nanti. Sebaik saja tamat kursus berkenaan dan terbang semula ke Kuala Lumpur bertemu keluarga di sini,” ujarnya.

WANITA ini bertuah kerana ditemani suami sewaktu menjalani program dokumentari berjudul Raon Di Bumi
WANITA ini bertuah kerana ditemani suami sewaktu menjalani program dokumentari berjudul Raon Di Bumi Kenyalang bulan lalu. 

Budaya

PERBEZAAN budaya dan latar belakang keluarga antara Ilya dan suaminya bukan satu masalah besar buat kedua-dua pasangan ini. Lebih mudah lagi apabila Gerrett sentiasa menunjukkan rasa teruja untuk mendalami segala-galanya.

“Masakan Melayu adalah perkara utama yang menarik perhatian suami. Masa 1 Syawal lalu, macam-macam makanan yang nak dijamahnya ketika kami pulang ke kampung Ilya di Perak.

“Nasib baik perut dia tahan walaupun ada masakan yang tidak kena dengan seleranya. Yang penting dia kata, masakan kari di Malaysia ini sedap dan berlainan dengan rasa kebiasaannya,” kata Ilya mengimbas kenangan lebaran kali pertama sebagai isteri.

Kesempatan pulang kampung ini juga digunakan sepenuhnya untuk berkenalan dengan sanak saudara belah Ilya. Ini kerana ada antara mereka tidak berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan yang berlangsung di Perth pada 23 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini