Polis terima dua laporan kematian Orang Asli - Utusan Malaysia

Polis terima dua laporan kematian Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Polis mengesahkan menerima dua laporan kematian mengejut penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Katanya, laporan kematian itu diterima pada 29 Mei lalu dan petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lelaki Orang Asli berusia 30 tahun telah meninggal dunia di sebuah pondok berhampiran Lombong Bijih Aring 11.

“Manakala, pada pukul 4 petang semalam seorang lagi wanita Orang Asli berusia 21 tahun telah dilaporkan mati secara tiba-tiba di kampung itu.

“Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah disebabkan ‘Pneumonia’ atau jangkitan paru-paru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Orang Asli suku kaum Batek yang tinggal di Kuala Koh di sini mahu pihak berkuasa segera menyiasat punca penduduk mati secara tiba-tiba selepas jatuh sakit sejak sebulan lalu.

Mereka mendakwa penduduk yang meninggal dunia telah dikebumikan secara adat selepas mereka hilang selera makan, badan menjadi kurus dan batuk.

Sehubungan itu, petang semalam, Mohd. Taufik bersama beberapa anggotanya telah membuat pemantauan di kampung Kuala Koh.

Tambah Mohd. Taufik, pada hari ini agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Kesihatan turut berada di lokasi bagi melihat keadaan dan membantu menghantar penduduk sakit ke hospital.

Katanya, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tentang kematian yang menimpa penduduk Orang Asli berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini