Wanita dirogol Neymar beri keterangan - Utusan Malaysia

Wanita dirogol Neymar beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO 8 Jun – Seorang wanita Brazil yang mendakwa dirogol penyerang sensasi Brazil, Neymar hadir memberi keterangan hari ini untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan tentang kes yang menggemparkan negara yang gila bola sepak itu.

Najila Trindade Mendes de Souza sebelum ini mendakwa telah dirogol di sebuah hotel dekat Paris pada Mei lalu. Bagaimanapun ia dinafikan Neymar.

Wanita terbabit tiba di balai polis Sao Paulo pada tengahari dengan menutup mukanya dengan jaket hitam sambil dikawal ketat beberapa pegawai ketika melalui sekumpulan pihak media yang menantinya di luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan Trindade memberi keterangan selama enam jam dalam sebuah bilik degan kehadiran tiga pegawai polis wanita. Semuanya percakapannya telah dirakam sebelum dibenarkan pulang.

Ketika berjalan keluar dari balai polis, wanita itu memegang tangan peguamnya tanpa memberi sebarang kenyataan media kepada wartawan yang menunggunya dengan sabar dan ghairah.

Kehadirannya kali ini adalah susulan daripada keterangan yang diberikan Neymar sehari sebelum itu di balai polis dekat Rio de Janeiro. Neymar ketika itu hadir dengan berkerusi roda akibat mengalami cedera di buku lali sewaktu perlawanan persahabatan menentang Qatar menjelang Piala Copa America.

Bagaimanapun 60 peratus rakyat Brazil percaya Neymar tidak bersalah manakala hanya 14 peratus yang menganggap sebaliknya menerusi kaji selidik yang dilakukan ke atas 2,071 individu minggu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini