3,749 tandatangan petisyen desak Latheefa letak jawatan - Utusan Malaysia

3,749 tandatangan petisyen desak Latheefa letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petisyen dalam talian yang mendesak supaya peguam, Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditandatangani kira-kira 3,749 individu setakat pukul 12.30 tengahari ini.

Malah, petisyen yang dijalankan di dalam laman sesawang, https://www.change.org itu ditandatangani juga oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew yang turut sama berkongsi petisyen tersebut di akaun Facebook miliknya.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Yee Kew menggesa penyokong Pakatan Harapan (PH) dan orang ramai supaya menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini tidak ada kaitan dengan integriti dan keupayaan Latheefa. Dia bersama kami (PKR) selama dua dekad untuk meneruskan pembaharuan institusi tetapi lantikannya sendiri bertentangan dengan pembaharuan institusi,” katanya sambil menambah bahawa Latheefa sendiri telah mengkhianati perjuangan mereka.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini