PTD ‘bakar’ semangat anggota - Utusan Malaysia

PTD ‘bakar’ semangat anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara, semangat anggota Tentera Darat yang bertugas menjaga perbatasan negara di Gerik dan Gubir terus membara lebih-lebih lagi dengan kehadiran Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi

Dalam lawatan tersebut, Ahmad Hasbullah bersama-sama anggota tentera yang bertugas meraikan sambutan Aidilfitri dan mengadakan pelbagai aktiviti lain termasuk menyampaikan sumbangan serta menyertai jamuan raya bersama anggota.

Malah, dalam lawatan itu, beliau turut mengingatkan warga Tentera Darat untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan sekali-kali leka dan cuai dalam memikul tugas menjaga keselamatan sempadan negara,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah turut melancaran Buku Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD) Jilid Ketiga dalam usaha menjadikan seorang warga perkhidmatan itu profesional dan sentiasa meletakkan keimanan dalam setiap pekerjaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini