Ronaldo intai satu lagi kejuaraan - Utusan Malaysia

Ronaldo intai satu lagi kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON – Cristiano Ronaldo kini mengintai kejuaraan antarabangsa kedua bersama Portugal dengan juara Euro 2016 itu akan berdepan Belanda dalam aksi final Liga Negara-Negara Eropah.

Portugal dan Belanda akan melakukan perhitungan awal pagi esok selepas hatrik Ronaldo membolehkan mereka membenam Switzerland 3-1 dalam separuh akhir.

Ronaldo membantu Portugal meraih kejuaraan Eropah tiga tahun lalu dan pemenang lima kali Ballon d’Or itu menyasarkan untuk meraih kemenangan dalam final ketiga di peringkat antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila saya menyarung jersi skuad kebangsaan, ia satu penghargaan buat saya dan berbeza berbanding ketika mewakili kelab.

“Ini negara kami, keluarga dan rakan saya berketurunan Portugis.

“Saya membesar di Portugal, jadi sangat istimewa apabila menyarung jersi skuad kebangsaan.

“Jelas sekali, peluang untuk menjulang trofi membuatkannya lebih istimewa, seperti Euro 2004 dan Euro 2016. Kini, ada satu lagi kejohanan.

“Tiga final dan saya harap dapat menang dua daripadanya. Pasti hebat dan saya serta rakan sepasukan mengharapkannya. Kami positif beraksi di laman sendiri.

“Saya harap stadium akan dipenuhi tenaga penyokong. Jadi, semua orang akan yakin kerana kami cuba memberikan yang terbaik. Bersama, kami menjadi juara,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini