MySalam bantu Roslan harungi ujian - Utusan Malaysia

MySalam bantu Roslan harungi ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 31 Mei – Menjadi penerima terawal Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) yang disediakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam bentuk one off berjumlah RM8,000, merupakan satu ‘anugerah’ tidak ternilai buat Roslan Mamat, 51, dari Kampung Endong, di sini.

Hal ini kerana, mySalam hadir tepat pada masanya ketika dia bergelut dengan masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan selepas menjalani pembedahan pintasan jantung akibat penyakit arteri koronari utama.

Tambahan pula, sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Roslan berkata, dia dan keluarga amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memperkenalkan mySalam bagi membantu golongan sepertinya.

“Alhamdulillah, bantuan ini terus ke dalam akuan. Jujurnya, ia manfaat besar buat saya dan keluarga dalam meneruskan kehidupan untuk hari-hari mendatang.

“Bukan sahaja menerima bantuan RM8,000, saya turut mendapat bayaran elaun ha­rian berjumlah RM700 semasa menerima rawatan di hospital. MySalam sememangnya skim terbaik diperkenalkan kerajaan selaras dengan slogan Malaysia Baharu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Roslan berkata, selepas pembedahan pada 16 Februari lalu, kudratnya sudah tidak gagah lagi untuk bekerja mencari rezeki seperti sebelum ini.

Katanya, dia hanya mampu melakukan kerja-kerja ringan kerana jantung menjadi sakit seandainya kuat bekerja.

MySalam adalah skim yang diperkenalkan oleh kerajaan PH bagi membantu golo­ngan B40 menangani kesulitan kewangan akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa satu daripada 36 penyakit kritikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini