[VIDEO] Ke Perth bersama AirAsia tanpa was-was - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ke Perth bersama AirAsia tanpa was-was

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang ingin ke luar negara umumnya berasa gusar terutamanya berkenaan kesukaran mencari tempat makan halal, dan kawasan menunaikan solat.

Namun, jika berkunjung ke Perth, Australia, kesemua kegusaran akan terubat kerana ibu negeri Australia Barat ini sememangnya terkenal sebagai mesra Muslim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak kira sama ada kepada pelancong atau kepada pelajar di sana, Australia Barat yang dianggap sebagai rumah kepada pelbagai agama turut menyokong nilai-nilai Islam. Bahkan, masjid-masjid di Perth sudah sekian lama bertapak sejak tahun 1905 lagi.

Di Perth, turut tersedia hidangan makanan tradisional Melayu dan juga makanan kontemporari yang halal oleh kerana permintaan yang tinggi dari pelancong juga orang-orang tempatan.

Oleh itu, untuk melancong di seluruh Australia Barat boleh dianggap cukup mudah dan selesa buat pelancong Islam dan tidak mustahil untuk pelancong Muslim mencari kemudahan untuk menunaikan ibadah solat di sana.

AirAsia kini menawarkan penerbangan ke Perth, Australia dari Kuala Lumpur setiap hari dan bayar dengan BigPay serendah RM299 sehala manakala pakej penerbangan dan penginapan hotel 5 hari 4 malam serta cukai dari hanya RM1,399 seorang.

Dan untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, anda boleh memilih tempat duduk Premium Flatbed tanpa tag harga Premium dari hanya RM1,190 dengan faedah seperti elaun bagasi 40 kg, makanan, akses ke Premium Red Lounge, hiburan dalam penerbangan Xcite serta keutamaan daftar masuk dan menaiki pesawat.

Ikuti catatan perjalanan lima hari enam malam di Australia Barat nukilan artis Elfira Loy bersama Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.

Hari Pertama

Tiba saja di hotel penginapan kami di Hotel Peppers Kings Square yang terletak di Wellington Street, tanpa berlengah kami bergegas ke Corica Bakery untuk mencuba pastri yang paling sedap di Perth iaitu Apple Strudel!

Kenyang menjamu pastri, lantas kami ke Yagan Square untuk beriadah dan minum petang! Yagan Square ini menawarkan Market Hall berteduh yang mana terdapat pelbagai jenis gerai, kafe yang menarik untuk dicuba.

Selain daripada itu, ruang awam ini turut mempunyai ruang untuk kanak-kanak bermain serta ruang lapang yang sesuai untuk penganjuran majlis keramaian.

Yagan Square merupakan ruang awam yang baharu saja dibuka Mac lalu, dan menghubungkan Perth CBD dengan Northbridge untuk pertama kalinya dalam 100 tahun.

Elfira
 

Dan seterusnya, ke Twilight Hawkers Market! Atau kita lebih kenali dengan ‘Pasar Malam’. Di sinilah terdapat banyak gerai-gerai Muslim. Malah anda boleh mendapatkan street food Malaysia yang terkenal iaitu Murtabak dan Sate.

Ia boleh dikatakan Pasar Street Food terbesar di Perth yang menawarkan pelbagai jenis makanan di seluruh dunia.

Dibuka pada pukul 9.30 malam setiap Jumaat sepanjang bulan Oktober hingga April sahaja.

Hari Ke-2

Bertolak ke BShed Fremantle untuk menaiki feri SeaLink Rottnest Island ke Rottnest Island. Feri ini beroperasi setiap hari jadi anda boleh membuat lawatan balik hari ke pulau ini.

Malah di sinilah tempatnya untuk anda berswafoto bersama Quokka! Di sini juga anda boleh menyewa basikal dan Segway untuk menerokai pulau ini secara personal.

Usai saja lawatan pulau, kami kembali ke Main Settlement untuk makan tengah hari di Thomsons Rottnest yang terletak berdekatan pantai dan di hadapan Thomsons Bay.

Rottnest Island, yang terletak kira-kira 25 minit dari Perth, merupakan sebuah pulau kecil yang bebas kereta, dihiasi dengan 63 pantai dan 20 teluk yang indah dengan terumbu karang dan bangkai kapal. Di daratan pula, pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan marsupial dan quokka yang hanya boleh ditemui di Australia Barat.

Selesai lawatan ke Rottnest Island kami kembali ke Fremantle untuk membeli belah sedikit ole-ole di Fremantle Markets.

ELFIRA
 

Selepas itu tiba di Be.Fremantle untuk penginapan kedua kami. Terletak hanya 15 minit dari Fremantle Markets malah lokasinya yang betul-betul di hadapan pelabuhan menjadikan udaranya cukup segar dan relaks.

Usai menyegarkan badan, kami pun bertolak untuk makan malam makanan laut segar di Cicerello’s. Ia juga merupakan salah satu restoran yang menyediakan Fish & Chips terbaik di Perth!

Hari Ke-3

Bersarapan pagi di kafe yang cukup popular di Fremantle iaitu Moore & Moore Cafe. Lokasinya terletak di bangunan warisan Moores, Henry Street yakni tidak jauh dari tempat penginapan kami di Fremantle.

Kafe ini fokus kepada penghasilan makanan yang segar dari sumber tempatan juga hasil kraftangan oleh penduduk Fremantle.

Kini masanya ke Mandurah! Di sinilah tempat untuk kami menaiki cruise ‘Mandurah Cruise’ selama satu jam untuk melihat ikan lumba-lumba. Menariknya bandar Mandurah ini ia cukup terkenal dengan laluan airnya serta atmosfera percutian yang relaks.

Restoran, kedai kraftangan dan galeri seninya dibina dikeliling air biru Mandjar Bay.

Selepas menikmati pemandangan laut, tiba masanya ke pemandangan yang lebih kehijauan di Margaret River. Keadaan sekitar bandar ini sebenarnya cukup meriah. Chill di waktu siang dan ‘hidup’ di waktu malam!

Arc of Iris, sebuah restoran yang paling tua di Margaret River menjadi pilihan kami menjamu makan malam. Usai makan malam, Margaret in Town Apartments menjadi destinasi rehat kami yang seterusnya.

Tanpa berlengah kami ke destinasi seterusnya iaitu Busselton yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Ia terletak di hujung utara daerah Margaret River.

Kami sempat berkunjung ke tempat tarikan pelancong yang paling terkenal di sini iaitu Busselton Jetty. Jeti ini dibina untuk menjadikan tempat hidupan laut ‘berteduh’ dan kita sendiri boleh melihat bagaimana pelbagai hidupan laut membiak disini melalui tinjauan bawah laut (Underwater Observatory).

Jeti ini dibina sepanjang dua kilometer atas perairan Geographe Bay yang dilindungi. Busselton Jetty ini juga disenaraikan sebagai jeti yang paling panjang di hemisfera selatan.

Hari Ke-4

Hari kami bermula seawal jam 8 pagi di Margaret River untuk bersarapan di Sidekick Cafe yang menawarkan pelbagai jenis roti dan kopi yang dibuat sendiri. Tanpa membuang masa kami terus ke Amaze’n, untuk menerokai Maze yang terbesar di Perth juga pelbagai aktiviti dan permainan lain seperti mini golf, giant chess dan lain-lain. Kami juga sempat menjamu Scones yang dibakar segar setiap hari.

Tiba masa untuk melihat rumah api di Cape Naturaliste Lighthouse. Terletak berdekatan dengan Bunker Bay, rumah api ini dibina setinggi 123 meter atas laut namun ia antara rumah api yang mudah dipanjat. Pelawat boleh menaiki rumah api dan menikmati pemandangan lautan Hindi dari atas.

ZAHIRIL
 

Wonky Windmill Farm & Eco Park menjadi destinasi seterusnya. Tempat yang cukup serasi untuk bermesra dengan hidupan alam, ladang 130 ekar ini dipenuhi dengan binatang ternakan seperti Llama, kambing biri-biri, ayam dan sebagainya. Kami juga sempat memberi makanan kepada binatang-binatang ternakan ini sambil melawat seluruh ladang.

Di Wonky Windmill ini juga terdapat ladang buah-buahan seperti epal dan oren, dan jika anda bertuah, anda boleh memetik sendiri buah-buahan segar ini apabila tiba musim pokok-pokok ini berbuah.

Hari Ke-5

Selepas bersarapan di Margaret River Bakery, kami terus mendaftar keluar hotel dan ke destinasi seterusnya iaitu Candy Cow. Disini terdapat pelbagai jenis coklat dan gula-gula yang boleh dibeli sebagai ole-ole. Margaret River juga sebenarnya terkenal dengan coklat. Jadi destinasi ole-ole kami yang seterusnya sudah tentu ke Margaret River Chocolate Company.

Kilang coklat di daerah Margaret River ini telah dibina pada tahun 1999, dan ia menjadi tumpuan pelancong untuk melihat sendiri bagaimana coklat dibuat dan anda sendiri boleh merasanya secara percuma!

Memandangkan kami masih punyai masa, sebelum bertolak semula ke Perth, Canal Rock menjadi persinggahan untuk kami mengambil gambar dan menikmati derasnya laut sepanjang lautan Hindi.

Tiba saja di Perth kami menjamu selera untuk makan malam di salah satu restoran Melayu yang cukup terkenal di Perth iaitu Insan Cafe. Selesai makan malam, kami pun mendaftar masuk hotel di Perth, Fraser Suites di Adelaide Terrace.

Elfira
Elfira dalam satu workshop membuat lipbalm sewaktu mengunjungi Vasse Virgin. – GAMBAR IHSAN AIRASIA

Tidak lengkap lawatan ke Margaret River tanpa berkunjung ke kilang pembuatan produk penjagaan kulit organik yang berasaskan minyak zaitun iaitu Vasse Virgin. Sabun buku yang diproses melalui teknik cold press ini hanya dibuat berasaskan minyak zaitun yang asli dan bahan-bahan organik yang berkualiti. Di sini juga kami berpeluang membuat sendiri salap bibir yang diperbuat daripada lilin lebah dan madu.

Sebelum ke lokasi seterusnya kami singgah di Clancy’s Fish Pub Dunsborough untuk makan tengah hari. Apa yang menariknya di sini, mereka menyediakan hidangan Nasi Goreng Seafood!

Hari Ke-6

Hari terakhir kami di Perth, aktiviti pertama adalah kami memandu sendiri ke Swan Valley. Di sinilah terletaknya Caversham Wildlife Park, House of Honey dan pelbagai lagi tarikan. Bermula di Caversham Wildlife Park, kami dapat berswafoto bersama Koala, memberi makan kepada Kangaroo dan bergambar bersama Wombats! Di sini jika anda mahu solat, mereka menyediakan surau yang cukup selesa untuk anda!

ZAHIRIL
 

Seterusnya kami ke Swan Valley Café untuk makan tengahari dan terus ke House of Honey untuk membeli madu untuk dibawa pulang. Madu Australia sememangnya asli dan harganya sangat berpatutan.

Tanpa berlengah kami kembali ke bandar Perth dan singgah di Elizabeth Quay. Di sini terletaknya aset Perth yang paling ikonik iaitu Swan River. Tempat yang cukup ideal untuk beriadah dan bergambar. Sebelum jam enam petang, kami sempat ke Hay Street untuk membeli belah dan singgah di Karache Cafe untuk makan malam dengan hidangan Melayu!

Tunggu apa lagi, tempah tiket anda sekarang di airasia.com!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini