Rakyat Sabah istiqamah di bawah kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Rakyat Sabah istiqamah di bawah kerajaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakyat Sabah akan bersama-sama UMNO negeri untuk istiqamah dalam perjuangan sepanjang berada dalam pemerintahan kerajaan baharu.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, ini kerana mereka yang benar-benar istiqamah dan tidak putus asa akan menerima kemenangan yang sebenar.

Katanya, begitulah sandaran melalui kisah Nabi Musa dan Nabi Harun yang istiqamah, walaupun berhadapan dengan cabaran daripada kaum Bani Israel serta Firaun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO Sabah melahirkan keyakinan tinggi bahawa rakyat Sabah telah melihat sepanjang lebih setahun sejak 9 Mei 2018. Adakah berbaloi mereka memilih mandat yang baharu telah benar-benar memberi limpahan yang positif.

“Istiqamah adalah hadiah paling besar bagi mereka yang tetap dengan pendirian untuk meneruskan perjuangan yang baik atas semangat Ramadan, Syawal dan Kaamatan sendiri. Mereka yang benar-benar ikhlas akan terus berusaha berjuang untuk mencapai kejayaan dan kemenangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Raime, di Sabah, perpaduan dan keharmonian masyarakat menjadi tunjang kepada kemajuan dan perjuangan murni di negeri ini.

Sama seperti Ramadan dan Syawal, katanya, sambutan Hari Kaamatan memberi peluang kepada anggota masyarakat mengenali, memahami dan menghargai adat serta budaya suku kaum masing-masing.

“Sehubungan itu, kita harus bersama-sama menghayati mesej penting seperti Hari Kaamatan mengingatkan setiap anggota masyarakat tentang kepentingan sesuatu budaya dalam memperkukuh ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum, agama serta budaya di negeri ini.

“Istimewa orang Sabah adalah kami telah lama hidup bersaudara dalam keadaan harmoni. Saya hormat agama dan budaya kamu, kamu hormat agama serta budaya saya. Jika kita berpegang kepada prinsip ini, saya yakin kita hidup dalam keadaan harmoni,” ujarnya.

Soalnya sekarang, kata Raimi, rakyat tidak usah terus terpengaruh dengan dakyah jahat pihak tertentu yang akhirnya akan merugikan kita semua kerana asyik bertelagah sesama sendiri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini