Piya sarung jersi baharu - Utusan Malaysia

Piya sarung jersi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Bekas kapten The Red Warriors (TRW) yang terkenal dengan hantaran ‘gelembung buaya’ Mohd. Badhri Radzi kembali mewarnai arena bola sepak tempatan apabila menyertai Kelantan United bagi mengharungi baki saingan Liga M3.

Presiden Kelantan United, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penyertai Mohd. Badhri atau Piya itu membuktikan seriusnya pihak pengurusan untuk merealiasasikan impian layak ke saingan Liga Perdana musim depan.

Menurutnya, beliau percaya kehadiran tonggak berpengalaman akan menambah ‘sengat’ untuk Kelantan United dalam mengharungi saingan musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain Piya, kita turut bawa masuk beberapa pemain yang sudah ‘masak’ dengan saingan liga antaranya Mohd. Nizab Ayub (Perak); Mohd. Azrean Aziz (T-Team); Wan Mohamad Ridhwan Deraman (Kelantan) dan Mohd Ainan Yusoff (Piala Presiden Kelantan).

“Kelantan United turut membawa masuk tonggak import dari Gambia Alfusainey Gassamu untuk tampil lebih perkasa di bahagian serangan,” katanya pada Majlis Menandatangani Kontrak dan Memperkenalkan Pemain Baharu Kelantan United di sini hari ini.

Piya - Kelantan United
CHE ABDULLAH MAT NAWI (lima kanan) bersama tonggak baharu yang memperkuatkan Kelantan United. – UTUSAN ONLINE

Hadir sama Timbalan Presiden Kelantan United Datuk Zamri Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wan Roslan Wan Hamat.

Che Abdullah memberitahu, kehadiran enam tonggak itu bagi menggantikan mereka yang telah digugurkan iaitu Muhamad Azmi Hamzah, Muhamad Fadzlie Abdullah, Mohamad Faizol Fazree Ismail, Mohamad Azri Azam, Mohamad Zailani Ramli dan

Elano Carlos Zozimar.

Katanya, meskipun digugurkan Kelantan United tetap cakna kebajikan mereka dengan mencari pasukan baharu untuk pemain tersebut.

“Kita akan cuba berusaha sebaik mungkin membantu pemain terlibat supaya kerier bola sepak mereka tidak terkubur begitu sahaja,” ujarnya.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Kelantan United kini menghuni tangga ketiga dalam saingan Liga M3 dengan mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan satu seri dan satu kalah.

Kelantan United kini hanya dibezakan tiga mata dengan pendahulu M3 Kuching FA.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini