Pegawai, anggota perlu henti perbuatan kutip dana - KPN - Utusan Malaysia

Pegawai, anggota perlu henti perbuatan kutip dana – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sekali lagi memberi amaran kepada pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Daerah supaya menghentikan sebarang kutipan dana bagi membiayai majlis sambutan perayaan.

Beliau berkata, walaupun beliau sebelum ini telah memberi amaran dengan jelas dan keras namun masih ada pegawai yang masih mengarah anggota untuk mengumpul dana dengan cara yang hina itu.

Katanya, lebih menjengkelkan, ada yang mendakwa kutipan tersebut akan diberikan kepada golongan asnaf.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sekali kali mengulangi amaran supaya perbuataan keji dan terkutuk seumpamanya ini dihentikan serta-merta sebelum padah menimpa diri dan tindakan keras diambil ke atas mereka yang terbabit.

“Jangan gadai maruah diri serta pasukan serta segan-silu terlibat dengan najis rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas komen seorang pengguna Facebook hari ini yang tular di aplikasi WhatsApp berhubung perbuatan mengutip dana bagi membiayai program-program sambutan perayaan dipercayai masih dilakukan pegawai atasan serta anggota PDRM.

Sebelum ini, Abdul Hamid telah memberi amaran kepada pegawai atasan PDRM untuk tidak mendesak anggota bawahan mencari tajaan dan sebagainya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini