Kembara Suci teruskan tradisi bantu golongan memerlukan - Utusan Malaysia

Kembara Suci teruskan tradisi bantu golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel&Tours Sdn. Bhd. sekali lagi meneruskan tradisi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membuat persiapan menyambut hari perayaan tersebut.

Menurut Pengarah Urusannya, Muhammad Al-Fadzil Hidzir, untuk program tahun ini pihaknya memilih Medan, Indonesia sebagai tempat untuk diberikan sumbangan.

Beliau berkata, kira- kira 40 anak yatim telah dipilih khas untuk dibantu dan 15 keluarga yang daif, fakir dan miskin juga mendapat bantuan pertolongan daripada pihak Kembara Sufi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini diadakan sejak tahun 2012 lagi dan menjadi program wajib di luar negara bagi pasukan Kembara Sufi dalam mendalami kesusahan dan kesedihan saudara Islam kita di sana.

“Selain itu, sempena program ini juga kita menyediakan agihan makanan berbuka puasa untuk orang ramai dijalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, Muhammad Al-Fadzil berkata, pihaknya juga telah mengatur sekurang- kurang empat kali setahun program amal di dalam negara bagi membantu mereka yang memerlukan sebagai program wajib.

“Alhamdulillah setakat ini, program amal ini juga mendapat sambutan oleh tetamu yang mengunakan perkhidmatan Kembara Sufi dengan memberian maklumat tempat program, bantuan tenaga, kewangan dan pakaian.

“Dengan ini, ianya juga dapat merapatkan ukhuwah antara syarikat dan peserta yang pernah mengunakan perkhidmatan kami,” katanya. Kembara Suci teruskan tradisi bantu golongan memerlukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini