LONDON – Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kedua-duanya tersenarai dalam skuad Liga Juara-Juara musim ini sekalipun mereka gagal mara ke pentas akhir.
Hanya Ronaldo yang terkandas di peringkat lapan pasukan terakhir selepas disingkirkan Ajax, manakala Barcelona tewas kepada juara Liverpool meskipun Messi pada ketika itu mempamerkan aksi berbisa di separuh akhir pertama.
Sebanyak 12 gol berjaya diledak Messi dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, sekali gus membolehkannya meraih anugerah Penjaring Terbanyak.
Selepas mengesahkan gelaran Raja Eropah buat kali keenam dengan menumpaskan Tottenham Hotspur 2-0 di pentas akhir semalam, tiga pertahanan Liverpool Trent Alexander-Arnold, Andy Robertson and Virgil van Dijk tersenarai dalam senarai skuad Liga Juara-Juara itu.
Selain tiga pertahanan Liverpool tersebut turut diiringi jentera tengah Georginio Wijnaldum, pemain sayap Sadio Mane dan penjaga gol Alisson.
Susulan perjalanan mengagumkan ke separuh akhir, lima pemain Ajax tersenarai dalam skuad tersebut melibatkan kapten Matthijs de Ligt, Frenkie de Jong, David Neres, Hakim Ziyech serta Dusan Tadic, manakala Spurs terdiri daripada Jan Vertonghen, Lucas Moura and Moussa Sissoko.
Pemilihan tersebut, yang dilakukan oleh teknikal pemerhati UEFA, juga menyenaraikan pemain tengah Lyon Tanguy Ndombele dan duo Manchester City, Kevin De Bruyne serta Raheem Sterling.- AGENSI
Berikut merupakan senarai penuh skuad Liga Juara-Juara musim ini:
Alisson (Liverpool), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona); Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Matthijs de Ligt (Ajax), Andy Robertson, Virgil van Dijk (kedua-duanya Liverpool), Jan Vertonghen (Tottenham); Kevin de Bruyne (Manchester City), Frenkie de Jong (Ajax), Tanguy Ndombele (Lyon), David Neres (Ajax), Moussa Sissoko (Tottenham), Raheem Sterling (Manchester City), Georginio Wijnaldum (Liverpool), Hakim Ziyech (Ajax); Sadio Mane (Liverpool), Lionel Messi (Barcelona), Lucas Moura (Tottenham), Cristiano Ronaldo (Juventus), Dusan Tadic (Ajax).











