Dua syarikat didakwa gagal laksanakan prosedur keselamatan - Utusan Malaysia

Dua syarikat didakwa gagal laksanakan prosedur keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Dua pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal melaksanakan prosedur keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada pekerja tahun lalu. 

Kedua-dua mereka, Teoh Kim Kuan, 46, dari Tunas Gemilang TKK Enterprise dan Ng Wai Chew, 51, dari WIM Automation Jig & Moulding Sdn. Bhd., mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Kim Kuan sebagai majikan didakwa gagal memastikan setiap lubang pit pada tingkat bekerja ditutup dengan rapat sehingga menyababkan kemalangan maut terhadap pekerja, Sajib Ahmmud Dulal di tempat pembinaan Blok Apartment 35 Tingkat, Sitiawan pada 24 Disember 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wai Chew pula sebagai majikan didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja sehingga menyebabkan kemalangan terhadap Chan Myae Aung di No. 31, Persiaran Industri Lahat 7, Lahat di sini pada 28 Ogos 2018.

Mereka berdua masing-masing didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10(e) Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Hanisah Ahmad manalaka kedua-dua orang kena saman (OKS) tidak diwakili peguam bela.

Indra Nehru kemudian menangguhkan keputusan hukuman terhadap mereka dan menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh jatuh hukum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini