Ibu tunggal enam anak gelisah rumah uzur menanti rebah - Utusan Malaysia

Ibu tunggal enam anak gelisah rumah uzur menanti rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Tatkala insan lain ceria menanti kehadiran hari lebaran yang dijangka disambut esok, seorang ibu tunggal bersama enam anaknya gelisah perlu merai 1 Syawal di dalam rumah uzur yang menanti rebah.

Sebahagian besar rumah kayu yang didiami Zalifah Seman, 44 , dan anak-anaknya di Kampung Geliga Pantai dekat sini mengalami kerosakan teruk akibat dimakan anai-anai sejak beberapa tahun lalu.

“Setakat ini, kami sekeluarga terpaksa duduk berhimpit-himpit di ruang tamu kerana hanya bahagian itu sahaja setakat ini tidak rosak dimakan anai-anai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ruang tamu itu juga terpaksa dijadikan sebagai dapur. Jika mahu mandi, kami perlu menumpang bilik air di rumah ibu saya yang terletak berhampiran kerana bahagian itu juga telah rosak lama,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini hari ini.

Zalifah berkata, sebelum ini dia pernah memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) difahamkan telah dibatalkan berikutan perubahan pucuk pimpiman kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

Sehubungan itu, Zalifah merayu pihak berkenaan agar membantunya memperolehi rumah baru bagi membolehkan dia dan enam anaknya dapat menumpang teduh dengan lebih selesa.

“Jika tidak, kalau ada pihak yang sudi membaiki kerosakan rumah saya sekarang pun, kami sekeluarga sudah bersyukur,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini