Pasar minggu Chatuchak terbakar - Utusan Malaysia

Pasar minggu Chatuchak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 10 buah kedai di Pasar Minggu Chatuchak yang terkenal di Bangkok terbakar semalam tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok dalam satu kenyataan berkata kebakaran berlaku di salah sebuah kedai di Gate No.1 kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan.

Kebakaran tersebut dapat dikawal pada jam 10.08 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat,” kata kenyataan itu.

Pasar Minggu Chatuchak adalah pasar terbesar di Thailand dengan mempunhyai lebih 15,000 gerai.

Pasar minggu itu yang juga dikenali sebagai JJ Market merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Bangkok yang menjual pakaian, buku, aksesori rumah, makanan dan minuman, kosmetik, barang antik, dan tumbuh-tumbuhan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini