Sinar Syawal ceriakan 500 asnaf - Utusan Malaysia

Sinar Syawal ceriakan 500 asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Walaupun bulan Ramadan semakin hampir ke penghujung, namun Yayasan Amal Alumni Sultan Alam Shah (ASAS) tetap mengambil keberkatan 10 hari terakhir bulan mulia ini dengan menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Pengerusi Exco Yayasan Amal ASAS, Datuk Ghazali Bujang berkata, majlis menyampaikan sumbangan berbentuk ayam daging kepada 500 keluarga asnaf di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Lembah Subang dekat sini merupakan program kali kedua yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Jelas beliau, PPRT Lembah Subang sememangnya dekat di hati yayasan tersebut apabila sering mengadakan program bantuan di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, yayasan tersebut telah mengadakan tiga majlis berbuka puasa bersama penduduk sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

“Aktiviti ini merupakan satu daripada program kami di sini memandangkan tahun ini merupakan tahun kedua kami menyantuni penduduk situ. Sebelum ini, kami datang setiap dua bulan untuk memberi pelbagai jenis bantuan kepada asnaf yang mempunyai keluarga sakit tenat dan orang kurang upaya (OKU).

“Kita memang prihatin dengan kehidupan penduduk PPRT Lembah Subang ini. Program hari ini pun hasil sumbangan ahli ASAS sendiri yang telah mengumpulkan kira-kira RM15,000 untuk program sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya kepada Utusan Online selepas program agihan ayam daging kepada 500 keluarga asnaf di PPRT Lembah Subang hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini