Wanita maut digilis lori - Utusan Malaysia

Wanita maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seorang wanita maut digilis lori dalam kemalangan di Kilometer 31.5 Jalan Klang – Teluk Intan di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.50 petang, L. Tanalachimy, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab berkata, berkata, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda menuju ke Klang dari Sungai Buloh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai motosikal mangsa telah bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

“Akibat kemalangan itu, mangsa kemudiannya digilis di bahagian kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, lori yang belum dikenalpasti nombor pendaftaran terus beredar dari lokasi kejadian dan sehingga kini belum membuat laporan polis.

Ujar Md. Asri, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan keputusan bedah siasat mendapati mati akibat parah di kepala.

“Justeru, pemandu lori itu dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini