Tiada tumpahan minyak di Terowong Menora - Utusan Malaysia

Tiada tumpahan minyak di Terowong Menora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Tiada sebarang kejadian tumpahan minyak di sekitar Terowong Menora di sini seperti yang tular di media sosial semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan dan  Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Superintendan Zakaria Abd. Rahman berkata, hasil rondaan sepanjang Op Selamat 15 tidak menemukan sebarang kesan tumpahan minyak seperti di dalam gambar yang tular.

“Saya juga telah membuat semakan dan tiada sebarang kenderaan seperti di dalam gambar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut menafikan kejadian tumpahan minyak di sekitar laluan sebagaimana yang didakwa.

Menurut jurucakap LLM, pihaknya tidak menerima sebarang insiden tumpahan minyak di kawasan berkenaan semalam dan hari ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati laluan itu selamat digunakan oleh pengguna jalan raya ketika ini,” katanya sambil menyatakan  gambar yang tular dipercayai kejadian pada tahun 2017.

Semalam, tular gambar beberapa buah kenderaan terbabas dikatakan berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menuang minyak di atas jalan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini