Dua lelaki terbabit kes pecah rumah ditahan - Utusan Malaysia

Dua lelaki terbabit kes pecah rumah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat dua sahabat ingin bergaya menyambut Aidilfitri hasil barangan curi tidak kesampaian apabila mereka dicekup polis kurang 12 jam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Warisan, Lahad Datu, Sabah di sini semalam.

Suspek berusia 20 dan 27 tahun ditahan di Kampung Desa Bajau oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada pukul 11.30 malam tadi.

Menurut portal Sabah News Today, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 30 tahun selepas rumahnya di Taman Warisan, Jalan Tengah Nipah, dipecah masuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, siasatan awal mendapati telefon bimbit serta dompet mangsa hilang dan dipercayai dicuri pada pukul 12.10 tengah hari semalam.

“Pemeriksaan yang dilakukan mendapati tingkap dapur diumpil dan gril dirosakkan, manakala keadaan rumah berselerak dipercayai dipecah masuk.

“Selain itu, telefon bimbit jenama I-phone 7 dan wang tunai serta dokumen penting dilarikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nasri memberitahu, bertindak atas maklumat dan risikan polis, salah seorang dari dua lelaki itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan ditahan pada pukul 11.30 malam tadi.

“Kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu dan polis berjaya menemui semula barangan curi milik pengadu.

“Siasatan diteruskan untuk mengetahui pembabitan kedua-dua suspek dalam kejadian jenayah pecah rumah yang lain,” ujarnya.

Tambah Nasri, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini