Abdul Halim anak Malaysia pertama Ketua Kompeni Kadet di Amerika - Utusan Malaysia

Abdul Halim anak Malaysia pertama Ketua Kompeni Kadet di Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, bukanlah tugas yang mudah bagi Abdul Halim Abdul Rahim.

Namun sifat kepimpinan anak muda berusia 23 tahun itu, berjaya mengetuai 120 anggota pasukannya dengan cemerlang, selain menonjolkan kemampuan beliau untuk menjadi pegawai tentera darat berkaliber dan mempunyai karisma tersendiri.

“Ini satu daripada pengalaman berharga bagi saya selepas ‘terbang’ ke New York seawal usia 19 tahun untuk menjalani latihan ketenteraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara cabaran ketika mengetuai kompeni ini ialah memimpin rakan sepasukan yang sebaya. Oleh itu, saya perlu ada keyakinan dan banyak bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu kepada Bernama.

Abdul Halim merupakan seorang daripada 15 kadet tentera darat antarabangsa dari beberapa negara yang menerima biasiswa Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat pada 2015, dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di akademi tentera berkenaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini