VENICE – Empat pelancong cedera apabila kapal persiaran yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terlanggar dermaga selepas mengalami kerosakan pada enjin, di pelabuhan Giudecca Canal, San Basilio-Zattere, sini hari ini.
Rakaman video yang menjadi tular di laman sosial menunjukkan para penumpang kapal MSC Opera itu panik dan menjerit ketakutan.
AFP yang memetik pegawai penguat kuasa pelabuhan sebagai memberitahu, hanya empat penumpang yang mengalami kecederaan ringan dan kesemua mereka telah dirujuk ke hospital berhampiran.
Kapal yang mempunyai 13 dek serta lengkap dengan teater, dewan dan taman air untuk kanak-kanak itu boleh mampung 2,500 penumpang pada satu-satu masa.
Sementara itu, ketua syarikat kapal tunda, Davide Calderan memberitahu, kapten kapal itu membuat laporan kepada pihak penguasa sebaik sahaja menyedari ada kerosakan pada enjin kapal itu. -AFP











