Petrol percuma bagi penunggang motosikal di Kepong esok - Lip Eng - Utusan Malaysia

Petrol percuma bagi penunggang motosikal di Kepong esok – Lip Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di sini, bermula 12 tengah hari hingga 4 petang, esok.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam kenyataan hari ini, berkata, program itu diadakan dengan kerjasama Parti Amanah Negara (Amanah) Kepong, dalam usaha menghargai penduduk di kawasan itu untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi. 

Sementara itu, Ketua Penaja Amanah Kepong, Datuk Mohd. Noor Ali Bakar berkata pengisian petrol percuma itu tertakluk kepada motosikal di bawah 150cc sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini kita lebih fokus kepada golongan B40 sebagai tanda terima kasih menjadi masyarkat Kepong dan kita berharap pemberian minyak petrol ini dapat meringankan beban mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd. Noor berkata program tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan program pengisian petrol percuma yang diberikan kepada hampir 300 penghantar makanan bermotosikal pada bulan lepas. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini