Kerajaan komited kurangkan hutang, liabiliti negara - Utusan Malaysia

Kerajaan komited kurangkan hutang, liabiliti negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan komited untuk terus mengurangkan tanggungan hutang dan liabiliti  negara secara keseluruhan dan bukan hanya memberi tumpuan untuk menurunkan  hutang langsung kerajaan sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini berkata, Jawatankuasa Pengurusan Hutang (JPH) yang baharu ditubuhkan akan meneruskan usaha konsolidasi fiskal bagi mengawal peningkatan hutang langsung kerajaan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. 

“Usaha ini yang  akan dijalankan seiring dengan tadbir urus yang lebih telus dan lebih baik mampu  mengurangkan lagi hutang dan liabiliti kerajaan secara keseluruhan pada tahun 2019 dan seterusnya,” katanya lagi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Guan Eng berkata, antara kejayaan yang dicapai ialah pengawalan dan pengurangan hutang dan liabiliti kerajaan secara keseluruhan kepada 75.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada  2018 daripada 79.3 peratus pada  2017.

Ini merupakan hasil rasionalisasi ke atas kos projek-projek mega serta pembayaran Kerjasama Awam Swasta atau Public-Private Partnership (PPP), kata beliau. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini