Jenazah Ani Yudhoyono disemadikan di Makam Pahlawan - Utusan Malaysia

Jenazah Ani Yudhoyono disemadikan di Makam Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Indonesia berduka, menjelang beberapa hari sambutan Aidilfitri, meratapi pemergian bekas wanita pertama, Ani Yudhoyono, isteri kepada Presiden ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Jenazah Ani Yudhoyono, 66, disemadikan di Taman Makam Pahlawan Nasional Utama, Kalibata, pada pukul 2.55 petang waktu Indonesia Barat (WIB), dengan penuh istiadat pemakaman ketenteraan, yang dihadiri Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), bekas presiden ketiga, BJ Habibie dan bekas presiden kelima, Megawati Soekarnoputri.

Allahyarham yang pernah menerima penganugerahan tertinggi negara Indonesia iaitu Bintang Jasa Adipradana pada 2011 atas jasanya sebagai wanita pertama Indonesia, diberikan penghormatan terakhir, dengan istiadat pemakaman ketenteraan itu turut disiarkan secara langsung televisyen tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Allahyarham Ani Yudhoyono menghembus nafas terakhir pada pukul 11.50 pagi semalam di National University Hospital Singapura, selepas menjalani rawatan kanser darah sejak Februari lepas.

Jenazah dibawa pulang malam tadi menggunakan pesawat tentera Indonesia ke Jakarta, sebelum dibawa ke Puri Cikeas, Bogor, kediaman bekas presiden bagi tempoh 2004 hingga 2014 itu kira-kira pukul 11 malam WIB. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini