69 kematian direkod dalam tempoh empat hari Ops Selamat - Utusan Malaysia

69 kematian direkod dalam tempoh empat hari Ops Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 63 kes kemalangan maut dilaporkan yang melibatkan 69 kematian dalam Ops Selamat 15/2019 di seluruh negara yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula pada 29 Mei lalu hingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, sepanjang operasi tersebut, sebanyak 7,012 kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara dan Selangor mencatat jumlah kematian paling tinggi iaitu 11 kes melibatkan 2,154 kemalangan.

“Johor pula mencatat jumlah kedua tertinggi sebanyak 1,069 kes kemalangan dan sembilan kematian dilaporkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kuala Lumpur pula mencatatkan jumlah ketiga tertinggi iaitu sebanyak 989 kes kemalangan dilaporkan dan satu kematian dilaporkan berbanding tiada sebarang kematian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati menambah, pihak polis juga telah mengeluarkan sebanyak 96,127 saman kepada pengguna jalan raya di seluruh negara bagi tempoh tersebut.

“Kita juga telah menerima 158 laporan kes pecah rumah dan premis di seluruh negara.

“Selangor masih mendahului senarai tersebut dengan 34 laporan berkaitan kes pecah rumah dan premis manakala Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kedua tertinggi iaitu sebanyak 17 kes,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini